Breaking News

KEMPORI PENGAKAP DAERAH TANAH MERAH DI KEM PANGLIMA RAJA LUBOK JONG

Seramai18 orang pengakap kanak-kanak SK Kemahang 2 telah menyertai kempori tersebut yang berlangsung selama 4 hari 3 malam (21 - 24 April 2018)Mereka berlepas dari SK Kemahang 2 pada jam 9.00 pagi dan mendaftar pada jam 10.00 pagi. Guru-guru Pengakap yang bertugas sepenuh masa ialah Cikgu Mazly, Cikgu Nik Alaman, Cikgu Ruslee, Cikgu Anita dan Cikgu Azwa dengan dibantu oleh beberapa orang guru lain yang bertugas mengikut giliran. Berbagai-bagai aktiviti telah disediakan seperti "Memburu Sijil", "Masakan Rimba", "Kembara Alam", "Pertandingan Membuat Wau Bulan", Pertandingan Kawad Kaki dan Malam Kebudayaan. Pasukan Pengakap Sekolah ini muncul sebagai Juara Pertandingan Kawad Kaki Terbaik kategori sekolah rendah. Perasmian penutup Kempori ini disempurnakan oleh Tn Haji Mashadi Bin Dato Mustapha , Ketua Pegawai PPD Tanah Merah pada jam 9.00 pagi 24.4.2018. Semua peserta tiba dengan selamatnya di sekolah pada jam 1.15 tengah hari.
   


























Tiada ulasan