LAWATAN KE PESTA BUKU KELANTAN 2018
Pada 1 April 2018 seramai 40 orang murid SK Kemahang 2 telah dibawa melawat Pesta Buku Kelantan yang diadakan di Dewan Jubli Intan Bandar Kota Bharu. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid merasai pengalaman berada di pesta buku yang diadakan secara besar-besaran di Negeri Kelantan untuk membolehkan murid-murid semua sekolah membeli buku-buku terkini yang terdapat di pasaran.
Lawatan ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah. Lawatan ini diketuai oleh Cikgu Nik Alaman dan diiringi oleh 3 lagi guru AJK PSS iaitu Cikgu Mohd Ruslee, Cikgu Mohd Sanusi dan Ustazah Madilah. Tambang yang dikutip daripada murid-murid adalah sebanyak RM15.00 seorang untuk menampung bayaran sewa bas yang berjumlah RM600.00.
Rombongan ini bertolak dari sekolah pada jam 8.15 pagi dan tiba di tempat Pesta Buku Kelantan pada jam 9.45 pagi. Murid-murid diberi masa sehingga jam 11.30 untuk memilih dan membeli buku yang mereka perlukan. Pesta buku kali ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Kelantan dan ditaja oleh Syarikat Muda Osman Sdn Bhd. Pelbagai kategori buku dijual di sana seperti buku ilmiah, buku ulangkaji, kamus, novel, buku keagamaan, komik, buku cerita dan sebagainya lagi.
Sambutan terhadap pesta buku ini amat menggalakkan di mana tempat tersebut penuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada murid-murid sekolah yang datang secara rombongan dari semua daerah di Negeri Kelantan. Namun sistem jualan adalah teratur dan kaunter bayaran yang banyak juga mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai. Masa membayar adalah pantas kerana wujudnya banyak kaunter dan dibuat di khemah khas.
Pada jam 12.00 tengah hari, rombongan telah keluar dari pesta buku dan makan tengah hari di perkarangan Bazaar Tok Guru. Pada jam 12.15 tengah hari rombongan dibawa ke AEON MALL. Murid-murid diberi peluang membeli-belah di situ sebelum bertolak pulang pada jam 1.15. Pada jam 2.51 petang bas tiba dengan selamatnya di perkarangan sekolah.

Tiada ulasan