Breaking News

Informasi Tentang Pengawas PSS 2019

Pelantikan:
1.Semua pengawas sesi 2018 adalah dilantik semula bagi tahun 2019.
2.Kecuali bagi pengawas PSS yang ingin menarik diri.
Pakaian:
1. Berbaju biru muda lengan panjang dan berseluar panjang warna biru tua bagi murid lelaki.
2. Berbaju kurung biru muda dan berkain biru tua bagi murid perempuan.
3. Bertali leher warna biru tua bagi murid lelaki yang boleh dibeli di kedai sekolah.
4. Bertudung warna biru muda bagi murid perempuan.
5. Berkasut kain warna hitam bagi lelaki dan perempuan.
6. Memakai tanda nama ukuran murid. Latar belakang hitam dan bertulisan putih.

Sekian sahaja untuk informasi tentang pengawas pusat sumber.

Peraturan Yang Perlu Dipatuhi:
1. Mesti sanggup bertugas mengikut jadual tugas yang telah disediakan.
2. Mesti datang awal ke sekolah iaitu jam 7.00 pagi sudah mula bertugas di dalam perpustakaan.
3. Waktu bertugas ialah pada jam 7.00 pagi-7.30 pagi.
4. Ketua harian mesti mengambil kunci di pejabat dan membuka pintu perpustakaan pada hari bertugas.
5. Ketua harian juga perlu menutup pintu perpustakaan pada jam 1.45 tengah hari.
6. Semua pengawas yang bertugas mesti menulis nama di buku bertugas yang disediakan di kaunter.
7. Pengawas yang bertugas hendaklah melaksanakan tugasan seperti menyapu lantai perpustakaan, mengelap cermin tingkap, mengemas buku di atas rak,  menguruskan pinjaman di kaunter dan mencari murid yang lewat menghantar buku.
8. Pengawas perpustakaan juga akan membantu guru memproses buku baharu dan membaikpulih buku dari masa ke semasa.
9. Pengawas perpustakaan mesti meminjam buku pada hari dia bertugas dan menyiapkan buku NILAM.
10. Pengawas yang tidak bertugas mesti menulis surat kepada guru perpustakaan.

Tiada ulasan